Tuesday, November 22, 2005

Beruas 20 Nov







Keduri rumah anak Tok su kat Beruas....

Friday, November 18, 2005

Isteriku....

Coretan buat isteri yang di Sayangi; Perkahwinan, ikatan suci dua insan, dua jasad, dua corak pemikiran yang tak akan mungkin dapat disamakan tetapi itulah hakikat. Sang pencipta yang maha agung menciptakan setiap mahkluk berpasang-pasangan penuh rahsia yang terus menghantui setiap pasangan. Dialah yang menentukan jodoh manusia. Aku sangat bersyukur diatas kurniaannya itu. Ku selalu berdoa semoga isteriku menjadi isteri yang solehah, sabar menempuh hari-hari bersama, redha diatas ketentuan ilahi, iklas diatas segala pengorbanan yang dilakukan, tabah menghadapi dugaan, tenang dalam menghadapi masalah dan sentiasa ku berdoa supaya isteriku menjadi penyejuk mataku.

Dalam menghadapi hari-hari, ku selalu mengingatkan diriku tentang dari mana kita datang, untuk apa dan kemana kita akan pergi. Isteriku, kaulah teman didunia ini dan kumengharapkan kau jualah temanku disana nanti.

Isteriku, kutahu pengorbananmu terlalu banyak dalam perhubungan ini tapi ketahuilah bahawa segalanya itu akan menjadi sia-sia kalau tiada keiklasan. Susah payah, penat lelah pasti ada ganjarannya seperti yang dijanjikan Sang pencipta. Semoga kau terus sabar dan redha diatas segala ketentuannya.

Iklas dari,
Suamimu

Wednesday, November 16, 2005

Bila Si Comel Bertemu





Lihatlah bila dua si kecil bertemu.....bukan main mesra lagi...

ehhh macam dah kenal lama lak....kenalkan ini anak sepupu namanya apa ntah..panggil Syina jer....dia ngan Alisya, dua pupu.

Mak & Abah

Buat Abah dan Mak,


Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan diatas penat lelah Mak dan Abah sejak saya menjadi ahli baru keluarga ini. Saya sungguh bertuah kerana dikurniakan keluarga yang sungguh baik. Sesekali rasa jua terpinggir kerana layanan yang diberikan sungguh baik seperti tetamu tetapi apabila sudah lama bersama barulah saya sedar bertapa mak dan abah cukup prihatin dalam menjaga hati anak-anak, layanan yang diberikan tidak pernah dibeza-beza. Saya berharap mak dan abah akan terus memberi bimbingan dan tunjuk ajar kerana saya sungguh menyayangi mak dan abah, kesabaran abah menjadi idolaku, keperihatinan mak sungguh menyetuh hati. Ku berdoa semoga Allah memberikan kesihatan dan kebahagian kepada mak dan abah.

Salam buat mak dan abah.

Tuesday, November 15, 2005

Aidil Fitri


Satu Hari Di Hari Raya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia
Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa
Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya
Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

Salam aidil fitri buat sanak-saudara, rakan-rakan dan semua. Semoga Allah menerima segala amalan kita dan di kurniakan rahmat dihari yang mulia ini.

Selamat hari raya aidil fitri maaf zahir & batin.

Anakku


Sedar tak sedar dah sebulan pun kau hadir dalam hidup ini. Abah cukup bangga menceritakan kecomelan mu pada kawan-kawan. Gambarmu abah hantar kepada semua teman sepejabat. cukup bangga bila dipuji kecomelanmu. Senyum menguntum bila ada yang kata seperti abah dan pula kata cantik seperti ibunya. Tak kisahlah yang penting kau begitu cantik dimata ini, kau sungguh sempurna. Abah akan mendidikmu menjadi insan yang sempurna. selalu abah berdoa ya Allah kau cantikkanlah peribadinya seperti mana kau cantikkan wajahnya.

Disini abah mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi penghargaan diatas ucapan tahniah dan hadiah yang diberikan.

Ya Allah kau berikanlah kesihatan kepada kami sekeluarga dan kepada semua yang bermurah hati dengan ucapan yang sungguh bernilai dan iklas dari kami, semoga anda semua dilimpahkan rahmat dari Allah.

Ibu dan Abah


Ramai tertanya-tanya mirip siapakah wajahmu, abah hanya tersenyum dan menyuruh mereka cuba melihatmu sendiri.

Monday, November 14, 2005

Alisya Sofea


13 Oktober 2005, Jam 2:05 pagi di Hospital Seberang Jaya.

Alisya Sofea

Syukur ku panjatkan kepada Allah dengan kurnianya ini. Tiada kata dapat kugambarkan hanya senyuman dan airmata menitis tanda bertapa gembiranya hati ini di kurniakan seorang cahaya mata. Alisya Sofea ku berikan namanya, kudoakan semoga dia menjadi insan mulia semulia namanya. Alisya bermaksud jujur, benar dan dilindungi Allah dan Sofea pula bermaksud cantik. Aku cukup berkenan dengan nama itu walaupun aku tak pernah mengukir nama itu di hati ini kerana mungkin keinginan ku mempunyai anak lelaki lebih dari dari anak perempuan, tetapi tuhan lebih mengetahui dan aku cukup pasrah dan bahagia dikurniakan Alisya Sofea. Kaulah penyeri hidupku, kaulah buat hatiku, kaulah harapanku, kaulah semangatku. Semoga dengan kehadiranmu akan memberikan aku sinar cahaya hidayah Allah. Alhamdulillah