Monday, November 14, 2005

Alisya Sofea


13 Oktober 2005, Jam 2:05 pagi di Hospital Seberang Jaya.

Alisya Sofea

Syukur ku panjatkan kepada Allah dengan kurnianya ini. Tiada kata dapat kugambarkan hanya senyuman dan airmata menitis tanda bertapa gembiranya hati ini di kurniakan seorang cahaya mata. Alisya Sofea ku berikan namanya, kudoakan semoga dia menjadi insan mulia semulia namanya. Alisya bermaksud jujur, benar dan dilindungi Allah dan Sofea pula bermaksud cantik. Aku cukup berkenan dengan nama itu walaupun aku tak pernah mengukir nama itu di hati ini kerana mungkin keinginan ku mempunyai anak lelaki lebih dari dari anak perempuan, tetapi tuhan lebih mengetahui dan aku cukup pasrah dan bahagia dikurniakan Alisya Sofea. Kaulah penyeri hidupku, kaulah buat hatiku, kaulah harapanku, kaulah semangatku. Semoga dengan kehadiranmu akan memberikan aku sinar cahaya hidayah Allah. Alhamdulillah

2 Comments:

Blogger Asmadi said...

tanhiah diucapkan di atas kelahiran cahaya mata yang cantik ..semoga berbahagia jantina tak mengukur kebahagian tp yg datang bagaimana kita membina kebahagian dari pada ap ayg dikurniakan olehNya..selamat hari raya juga buat kamu sekeluarga..
asmadi

10:22 PM  
Blogger Asmadi said...

maafkan saya mungkin saya sudah lupa ..yg ni tahir yang mana..blh perkenalkan diri..lama sudah memori saya pun byk dah padam eheh :)

6:17 PM  

Post a Comment

<< Home